Salah satu aktiviti hujung minggu bersama keluarga iaitu keluar makan angin dan juga cuci mata. Antara yang menjadi pilihan ialah Kampung Budaya Sarawak. Jarak dari rumah dianggarkan 25KM. Ketika kami bertolak dari rumah sekitar jam 11 pagi dan tiba di lokasi pada jam 1210 tghri, malah sempat lagi untuk membeli tiket masuk bagi menyaksikan persembahan pentas yang bakal bermula pada jam 1230 tengah hari.
Pada hari tersebut adalah hari Sabtu dan sudah dijangkakan ramai pengunjung yang datang, sampaikan parking pun hampir penuh. Apa yang menariknya adalah, setelah kita selesai meronda sekitar taman budaya, kita berpeluang menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai. Ramai yang datang ke pantai Santubong semata-mata ingin menyaksikan matahari tebenam. Bagi yang pertama kali datang terutama yang jauh, sudah tentu menjadi pengalaman yang manis bagi setiap pengujung.
Tiket Masuk, RM26.50 bagi yang Local Sarawak.
No comments:
Post a Comment