Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti
Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan
kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya
tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di
bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.
Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
Penanaman padi adalah aktiviti utama pada kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, sudah tentunya kaum Dayak mempunyai banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.

Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964 apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari
perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang
pertama adalah pada 1
Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari
Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.
Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang
berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei
sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi masyarakat Dayak. Mereka mempunyai
beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei
dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan
upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.
Penanaman padi adalah aktiviti utama pada kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, sudah tentunya kaum Dayak mempunyai banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.
SELAMAT ARI GAWAI NGAGAI SEMUA
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment