Pages

Tuesday 15 September 2015

Konsep Headhunting atau Ngayau

Nanga Kesit, Lubok Antu Sarawak
Sumber: The Star Online
Headhunting atau ngayau merujuk kepada pemenggalan kepala musuh sebagai membalas dendam akibat keluarga mereka dibunuh oleh pihak lawan pada zaman tradisi dan selain itu ia juga boleh dirujuk kepada menyerang musuh seperti kayau besai dan kayau anak. Kayau besai adalah menyerang musuh secara beramai-ramai dan kayau anak adalah serangan hendap kepada musuh yang dilakukan beberapa orang sahaja misalnya seorang, dua atau tiga orang sahaja.

Masyarakat Iban sering kali digambarkan sebagai satu bangsa yang kejam, garang dan agresif. Ini kerana kisah ngayau (memotong kepala) telah dieksploitasi dan disalahtafsir oleh orang Barat yang menggelar Sarawak sebagai Bumi Pemotong Kepala. Sesungguhnya, tanggapan demikian amatlah tidak tepat kerana kaum Iban adalah satu bangsa yang sangat baik, penyayang dan pemurah (Melling, 1998). Sebenarnya ngayau dilakukan oleh orang Iban pada zaman silam semata-mata untuk tujuan mempertahankan diri daripada dicabar, dipermain-mainkan dan diganggu oleh kaum lain termasuk penceroboh masuk orang asing seperti orang-orang Rajah Brooke dahulu. Bolehlah dikatakan bahawa masyarakat Iban hanya membunuh semasa ngayau (ekspedisi perang) sahaja, bukan pada sebarang masa sesuka hati. Lelaki Iban yang membawa balik kepala musuh akan mendapat ensumbar, iaitu gelaran nama (nama puji-pujian) seperti Bujang Berani wira/pahlawan Iban) dan sebagainya.

Kepala musuh yang diperolehi akan diawet dan disalai, dan tengkorak ini dipanggil antu pala (trophy kepala) yang akan dijadikan harta pusaka keluarga berkenaan turun-temurun. Antu pala itu akan digantung di atas bedilang (dapur kecil) di ruai dan dipanaskan dengan api kecil supaya antu pala tersebut dapat berehat dengan tenteram. Pada hakikatnya, tidak semua musuh yang ditemui di medan perang akan dibunuh. Contohnya, wanita dan kanak-kanak hanya ditangkap dan dijadikan tawanan perang di rumah panjang tetapi diberi layanan yang baik, dan kemudian dijadikan ahli keluarga angkat melalui adat mengiru hamba abdi (istiadat mengangkat anak) atau gawai betembang (gawai mengangkat anak), iaitu satu upacara khas untuk mengesahkan tawanan berkenaan diangkat sebagai ahli keluarga oleh mana-mana famili yang sudi. Dengan demikian halnya, maka kelas hamba abdi dalam masyarakat Iban.

Pada zaman tradisi, sejak kecil lagi anak lelaki Iban telah diajar oleh ibu atau nenek mereka bersikap berani untuk membalas dendam seperti membunuh dengan cara memenggal kepala musuh yang telah membunuh ahli keluarga mereka. Cara orang tua menanamkan sifat berani kepada anak kecil itu melalui nyanyian semasa mendodoikan anak dan kadang-kadang bercerita secara lisan tentang mitos yang berkaitan dengan dewa-dewa perang yang selalu mendapat kepala musuh dengan banyak semasa pergi berperang atau ngayau. Selain itu, para gadis juga tidak kurang memberi galakan kepada pemuda supaya pergi ngayau dan membawa balik kepala musuh kerana sekiranya anak muda belum berbuat demikian maka si gadis tidak mahu berkahwin dengan pemuda berkenaan. Sekiranya seorang pemuda telah mendapatkan kepala musuh maka dia akan menjadi kebanggan keluarganya dan mendapat gelaran dan status Bujang berani. Status Bujang Berani sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Iban pada zaman dahulu (Anonymous,1992:123).

 Kaum perempuan masyarakat mempunyai peranan yang penting juga dalam masyarakat tersebut dan salah satu daripada peranan itu ialah melibatkan diri dalam seni rupa tradisi seperti menganyam dan bertenun. Selepas musim menuai padi mereka mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti menganyam dan bertenun dan alat-alat yang dianyam adalah seperti bakul dan tikar. Terdapat juga daripada alat-alat anyaman tersebut dicipta untuk tujuan ritual seperti yang dipersembahkan kepada roh moyang semasa ritual Gawai Antu. Mereka yang boleh menganyam, bertenun dan seterusnya mempunyai kepakaran dalam mencampurkan warna asli untuk tenunan ikat sangat disanjung tinggi dan mereka itu diberi status tinggi dengan gelaran Indu Takar. Pada zaman tradisi status Indu Takar ini adalah sangat berpretij dan mereka dikategorikan dengan status Bujang Berani kaum lelaki kerana untuk mendapatkan ritual Kayau Indu atau Gawai Engkuni iaitu suatu ritual khas berkaitan dengan seni tenunan pua kumbu (Linggi, 2001:2). Ritual tersebut tidak boleh dilakukan sembarangan kecuali wanita yang telah mendapat petunjuk seperti telah disuruh oleh dewi Kumang atau Indai Abang melalui mimpi.
Gambar hiasan
Anonymous. (1992). Head Hunting in Borneo. The Sea Dayaks and Other Races of Sarawak.                   Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chemaline Anak Osup. (2006) Leka main: Puisi rakyat Iban-Satu analisis tentang bentuk dan                  fungsi. Tesis PHD yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti                      Sains Malaysia.

Ulu Pelagus

Sekeda gambar bisi diambi lebuh maya di menoa orang.

















Cerita 2014 Kelia

Pembuka Kata

Selamat Ari Gawai 2014

Koleksi gambar gawai 2014

Gambar ngajat 2014

Maksud Disebalik Bungai Terung

Nilai tradisi tatu dalam masyarakat Iban

Tatu Bukan Lambang Gangster

Tatu Lambang Kebaranian Iban

Borneo Tattoo



Monday 7 September 2015

Asal Usul Masyarakat Iban

Gambar hiasan
Suku kaum Iban ialah penduduk pribumi yang terbanyak di Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang (Numpang, 1989). Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke, Sarawak disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala. Negeri Sarawak mempunyai 23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil yang kesemuanya menganut pelbagai agama, kepercayaan dan mempunyai adat resam serta budaya masing-masing menuturkan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut daerah-daerah kediaman mereka di kawasan luar Bandar pendalaman.

            Dua puluh tiga etnik bumiputera yang utama di Sarawak ialah Dayak Iban (Iban Skrang, Iban Miri-Bintulu-Limbang, Iban Saribas, Iban Batang Rajang, Iban Undop, Iban Lemanak dan Iban Malikin), Melanau (Seduan, Segalang, Belium, Bintulu, Segahan, Matu/Mato Daro, Oya, Mukah, Rejang, Igan, Siteng, Tatau, Balingian, Kanowit, Sekapan, Kejaman, Lahuna, Banyok), Bidayuh (Orang Biatah, Bukar-Sadong, Bau-Singghi-Jagoi, Selakau dan Lara, Kenyah (Orang Batu Biah, Murik, Lisong, Sebob, Sipang, Long Kipat, Lepu Aga, Lepu Tau, Nyamok dan Uma Kulit), Melayu, Kedayan, Belait, Sebuyau, Kayan, Punan, Penan (Kumpulan yang masih Nomadik), Tebun, Bukat/Ukit, Bisaya, Baketan, La’en, Tagal, Sian/ Sa’an, Lugat, Lisum, Kelabit, Lun Bawang/ Lun Dayeh (Murut). Kumpulan-kumpulan kaum ini tinggal di kawasan tanah rendah dan bahagian darat, kawasan tanah tinggi dan kawasan pesisir. Masyarakat Dayak Iban tradisional adalah penduduk pribumi yang paling dominan di Sarawak, diikuti oleh Dayak Bidayuh, kaum Melayu-Melanau dan lain-lain kumpulan etnik di atas yang dikenali sebagai Orang Ulu.

Orang Iban tradisional dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka berasal dari Kalimantan, Indonesia tetapi berpindah mereka ke Sarawak pada masa hamper sama dengan kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara (Kedit, 1984). Mereka memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas, jalan masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-Kalimantan (Jensen, 1966). Pada asalnya, menurut Sandin B (1956), Sengalang Burung (nenek moyang Orang Iban) dengan pengikutnya telah menduduki sepanjang kawasan Sungai Kapuas dan anak-anak sungainya di barat daya Pulau Borneo. Tetapi kemudian cucu Sengalang Burong yang bernama Sera Gunting lebih gemar mendiami Banjaran Tiang Laju di bahagian barat Pulau Borneo (Sarawak). Bagaimana pun, Sengalang Burong mengadakan persidangan dengan anak-anak buahnya di Merakai (salah sebuah anak Sungai Kapuas) untuk merancang perpindahan ke Batang Ai.


Sejarah telah menunjukkan bahawa masyarakat Iban berasal dari Kapuas, Indonesia (Richards, 1949) tetapi berpindah dari sana dan mula menetap di Kumpang (tempat tinggal mereka yang pertama di Sarawak). Sebahagian daripada mereka pula dipengaruhi oleh seorang pemimpin kaum Iban yang bernama Lelang Belayan untuk mengubah haluan ke hulu sungai Kumpang yang menghala ke Lubok Antu dan Engkelili lalu menetap di kawasan Sungai Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai Batang Ai (Batang Air). Dari Batang Ai, suku kaum Iban berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan membuat rumah panjang mereka di Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak. Namun Demikian, ramai di antara mereka yang berpindah lagi lalu menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau (Sandin B, 1994) di bawah pimpinan Kajup, dan mereka kini dikenali sebagai Iban Undup (diasosiasikan dengan nama tempat tinggal mereka). Kelihatannya, perpindahan awal Dayak Iban adalah amat berselerak di kawasan hulu sungai Batang Lupar dan Batang Saribas (Vinson, 1989) di   Bahagian Sri Aman, dan perpindahan mereka ini telah berlaku sejak abad ke 19 dari Hulu Batang Lupar melalui sempadan Kalimantan menuju ke kawasan Rejang. (Victor, 1985).

Tradisi Ngayau Kaum Iban

Gambar hiasan
LENGKAP mengenakan perhiasan kepala dan baju kirai iaitu sejenis jaket tanpa lengan yang biasa dipakai pahlawan Iban, Ajai Jailani, 72, bersedia untuk memulakan upacara miring antu pala dengan menabur beras di sekeliling bakul rotan yang berisi tengkorak manusia di dalamnya.
Dia yang dikenali sebagai Tok Jampi dalam kalangan masyarakat Iban setempat kemudiannya membaca mantera dan mempersembahkan tuak yang dibancuh dengan telur ayam mentah untuk berhubung dengan roh-roh tengkorak terbabit.
Tuak ialah sejenis minuman keras tradisional yang diperbuat daripada beras yang diperam di dalam tempayan selama dua minggu ke atas.
Menurut Ajai, ritual itu dibuat bertujuan memohon kepada roh tengkorak berkenaan agar tidak mengganggu sesiapa yang terlibat dalam kerja pemindahan tengkorak.
Dalam upacara tersebut, lelaki berketurunan Iban itu turut menyediakan hidangan berupa makanan seperti daun sirih, ketupat, nasi, garam, beras kuning, pisang serta rokok daun nipah untuk dipersembahkan kepada roh tengkorak berkenaan.
“Sedikit darah ayam jantan juga turut diberikan sebagai jamuan dalam upacara miring. Ia sebagai simbolik membuang sial atau nasib kurang baik selain bertujuan menenangkan roh tengkorak ini,” ujarnya.
Mengikut definisi dalam bahasa Iban, perkataan ‘miring’ bermaksud memberkati penduduk, melindungi, membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat.
“Upacara miring antu pala dibuat sebagai tanda penghargaan kepada semangat tengkorak berkenaan,” ujarnya.
Tengkorak berpuaka
Selesai upacara itu, tengkorak akan diisi dalam bakul khas yang diperbuat daripada rotan dan dibungkus dengan kain pua kumbu sebelum diletakkan di tempat baharu.
Sementara itu, Penolong Pegawai Penyelidik Seksyen Iban, Majlis Adat Istiadat Negeri Sarawak, Jimbun Tawai berkata, antu pala yang merujuk kepada hantu kepala atau tengkorak itu tidak boleh dipindahkan sesuka hati tanpa disertai upacara miring.
“Kami khuatir jika tidak dilakukan mengikut istiadat sebenar masyarakat Iban, semangat tengkorak ini tidak tenteram dan musibah seperti penyakit misteri akan menimpa orang yang memindahkan tengkorak berkenaan,” jelasnya.
Antu pala boleh dilihat di kebanyakan rumah panjang tradisional masyarakat Iban di sekitar Sarawak. Ia lazimnya digantung pada bahagian ruai rumah panjang tersebut.
Tengkorak berkenaan sebenarnya merupakan kepala musuh yang diperoleh masyarakat terdahulu menerusi tradisi memburu dan memenggal kepala yang digelar ngayau.
Ia bagaimanapun diharamkan pada era pemerintahan Rajah Putih sekitar tahun 1842 hingga 1946.
Menurut legenda masyarakat Iban di Sarawak, antu pala yang menjadi simbol kekuatan dan kekuasan masyarakat Iban suatu ketika dahulu itu memiliki sisi mistiknya yang tersendiri.
Ada cakap-cakap yang mengatakan tengkorak yang sudah berusia ratusan tahun itu sudah berpuaka dan memiliki semangat di sebaliknya.
Kononnya tengkorak-tengkorak itu dikatakan boleh meludah, menangis dan ada juga yang pandai merokok.
Lebih menyeramkan, ada yang mendakwa, pernah mendengar tengkorak itu mengeluarkan bunyi seolah-olah ia mengetapkan gigi serta bunyi berlaga antara satu sama lain.
Simbol kelelakian
Bagi salah seorang pewaris antu pala, Ambrose Buntuk, 55, tengkorak itu perlu dijaga dengan baik mengikut adat resam bagi menghormati pahlawan Iban yang berjaya membawa balik kepala musuh sebagai tanda kemenangan dalam satu-satu peperangan.
“Oleh itu, upacara miring perlu diadakan pada masa-masa tertentu bagi menenangkan roh antu pala itu. Biasanya, orang berpengalaman luas dan mengamalkan kepercayaan animisme yang dipanggil untuk menjalankan upacara tradisi ini,” katanya yang mewarisi kira-kira lapan tengkorak daripada nenek moyangnya.

Menurut guru berketurunan Iban dari Sri Aman, Sarawak itu, berdasarkan cerita lisan yang diperturunkan daripada generasi ke generasi, ngayau tidak dilakukan sesuka hati sebaliknya berlaku jika ada peperangan dan bagi membalas dendam terhadap musuh.
“Kepala musuh akan dibawa pulang sebagai ‘piala’ kemenangan. Lebih banyak kepala yang dimiliki, semakin dihormati pahlawan berkenaan di sisi orang lain,” katanya.
Selain menjadi lambang keberanian dan simbol status, kejayaan memenggal kepala musuh juga dikatakan menjadi antara syarat yang melayakkan seseorang lelaki dalam masyarakat Iban pada zaman dahulu untuk berkahwin.
Ini kerana, tanpa kepala musuh, lelaki tersebut dianggap belum cukup dewasa dan matang.
Sebagai rekod, kaum Iban merupakan etnik terbesar di Sarawak dengan mewakili 30 peratus daripada 2.5 juta penduduk.
Kebanyakannya menetap di Kuching, Sri Aman, Samarahan, Lubuk Antu, Betong, Saratok, Kapit, Belaga dan Miri.
Kaum lain di Sarawak termasuklah Cina dengan 24 peratus), Melayu (23), Bidayuh (8), Melanau (6), Orang Ulu (5) dan selebihnya lain-lain.
Sementara itu, bagi Johnny Barangan, 41, tradisi memenggal kepala musuh ketika pertempuran sinonim dengan penggunaan parang tradisional yang dipanggil parang ilang.
Dia yang juga pembuat senjata itu memberitahu, kepala yang dipenggal akan direndam di dalam air bagi memudahkan kerja menanggalkan kulit daripada tulang tengkorak.
“Ia kemudiannya diasapkan di atas api selama beberapa hari untuk mengeringkan saki baki darah selain menghilangkan bau busuk pada tengkorak berkenaan,” ujarnya.
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pembuatan parang ilang, Johnny yang berasal dari Sibu, Sarawak memberitahu, parang ilang pusaka yang digunakan ketika mengayau memiliki keunikan tersendiri sementelah hulu parang senjata itu diikat dengan helaian rambut musuh.

“Semakin lebat ikatan rambut pada hulu parang itu, semakin banyak kepala musuh yang dipenggal. Seperti antu pala, parang ilang pusaka juga akan diperturunkan kepada generasi seterusnya,” kata Johnny sambil memberitahu, ia lazimnya diwariskan kepada anak lelaki sulung dalam keluarga.

Tatu tegulun
Berdasarkan kepercayaan terdahulu, hulu parang yang dihiasi ikatan rambut musuh dipercayai dapat memberi kekuatan luar biasa kepada parang kerana roh si mati kononnya bersatu dengan senjata itu menjadikannya ia lebih sakti.

Tambah menarik, cerita Johnny, mana-mana pahlawan Iban yang pulang daripada mengayau turut mencacah tatu berbintik kecil pada bahagian belakang tapak tangan, di antara ibu jari dengan jari telunjuk.

Setiap satu tatu yang dipanggil tegulun itu dibuat sebagai tanda mereka berjaya memenggal satu kepala musuh.

Bagi yang enggan mencacah tatu, mereka akan menandakan mata parang dengan corak bintik kecil yang sama.

“Bilangan tatu kecil itu bergantung kepada berapa banyak mangsa yang berjaya dibunuh. Maknanya, lebih banyak tatu pada tangan atau tanda bintik pada mata parang, lebih banyak kepala musuh yang dipenggal.

“Bilangan yang memiliki tatu ini sangat sedikit. Ia boleh dilihat dalam kalangan lelaki Iban yang sudah lanjut usia. Kebanyakannya tinggal di hulu sungai, jauh di pedalaman.

“Pada zaman dahulu, bukan sembarangan orang boleh mencacah diri mereka dengan motif tegulun kerana mereka akan menjadi sasaran musuh ketika mengayau,” ujar Johnny.
JOHNNY menunjukkan mata parang ilang yang diperbuat daripada besi tembaga dan diukir halus dengan motif bercirikan negeri Bumi Kenyalang itu.
Artikel Penuh: Kosmo

Jerita Asal Iban Nemu Bekalingai (Bepantang-Tattoo)

Tarubah Bansa Iban Nemu Bekalingai (Bepantang – Tattoo)

MENYA bisi kitai Iban siko ke benama Gendup. Kenyau ari agi biak iya endang penyumpit bendar. Iya suah bendar bemalam dalam kampong, ba lubang batu, di puchok kayu enggau sabelah endor bukai ke manah endor iya nat ka diri dalam babas leboh iya kelalu jaoh udah tapejoh nyumpit. Iya mega endang orang ke berani ngelaban malam, enda takut ka hari jai tau ka ular-embayar, jelu-antu ke tau nganu kitai dalam babas.
Nyadi sakali iya kelalu jaoh tapejoh nyumpit, nyau enda nemu pengelama diri ke udah bejalai. Kepuas bejalai dalam babas dia iya tak rembus ba pendai orang, lalu tepeda ka indu siko mandi. Apin Gendup sempat ngangau alai indu nya lalu nyapa.
“Lalu Gendup, lalu enggau aku mandi dulu,” ko indu nya.
“Nama kebuah enda lalu,” pia ko Gendup, ngengkah ka ma iya lalu sama mandi enggau indu nya. lya alit ati meda indu nya tak nemu nama iya. Udah tembu mandi indu nya lalu mai Gendup niki ka rumah.
“Niki meh Gendup nyereta aku, sida ke lelaki nadai mindah, bisi di rumah magang,” ko indu nya leboh ka mai iya niki.
“Manah endar enti sida bisi di rumah magang,” ko Gendup.
Nyau semak kaki tangga, dinga Gendup tak bakasetik-bakasetok munyi utai dalam rumah orang nya. Iya enda nemu belaba ka pengawa orang ke bengat bakasetik ngemalat nya.
“Nama pengawa orang di rumah dia?” Ko iya nanya indu ke disempulang iya ari pendai.
“Eh, orang ngaga kalingai, orang bepantang,” ko saut indu
nya.
Seduai pen lalu niki ka rumah. Nama agi meda temuai niki, orang lalu bakaraoh ngasoh dudok. Tang iya madah ka diri lalu enggau indu nya ka setak ka dulu. Datai ba tengah Rumah, indu nya lalu tama ka bilik. Gendup lalu ngait ka ma enggau duku iya ba tandok rusa ke ba tiang. Apai tuai orang ba ruai dia lalu nudok ka iya. Gendup pen lalu dudok nunga apai tuai orang nya. Peda iya nyau genarau tuboh apai-tuai orang nya penoh laban kalingai.

Udah badu makai lemai nya sampal bendar orang sarumah, enggau indu enggau anembiak, begulu ka Gendup. Udah nanya ka menoa, orang lalu nanya ka pejalai, laban iya bengat nadai kala udah rembus udah ngebus ba menoa nya. Gendup madah ka diri pejalai lantang. Ninga iya pejalai lantang, sida lalu bungah. Dia sida ke bujang madah ka diri deka ngaga kalingai ka Gendup, dikena ngingat ka iya ke baru rembus. Tang Gendup apin madah ka diri deka, nyangka tak pedis dipantang, ninga munyi orang ti bepantang nyau bakasetok leboh iya baru datai tadi. Malam nya sida ketuai lalu madah ka Gendup bagi kalingai ke diengkah ba tuboh, baka ba rekong, bau, lengan, pah, belakang enggau endor bukai. Orang mega lalu madah ka pasal tegulun ngagai iya.

“Tegulun enda tau digaga ngapa enti kitai nadai dengah,” pia ko orang madah ngagai iya.
Nyau rindu ninga sida berandau ka pasal kalingai, hari siti baru iya madah ka diri deka dipantang sida. Nya alai sida ke bujang lalu berengkah ngaga kalingai ka Gendup. Tiga hari berunggu sida mantang baru tembu. Nama agi, nadai utai ngemanah nya kalingai ba sebelah tuboh Gendup, orang ga endang landik, bengat tak penatai kalingai. Bentara ka hari udah nya, kalingai iya pan udah ga gerai magang, dia iya madah ka diri bisi ati deka pulai ka menoa, tang iya enda nemu jalai pulai. Apin Gendup pulai, apai-tuai orang nya lalu madah ka nama diri ngagai iya.
“Nama aku Selang Pantang,” ko iya. “Bala kami tu Antu Pantang magang. Nya alai laban nuan, Gendup, terubah mensia datai ba rumah kami nuan mega dulu digaga ka kami kalingai. Lalu nadai orang bukai nemu ngaga pantang enti enda ari ajar nuan enggau peturun nuan jemah ila,” Pia ko jako Antu nya bejako enggau iya. Udah nya iya lalu madah ka jalai pulai ngagai Gendup.
Datai di rumah orang bela ngenong magang medah utai tak begenarau chelum sabelah tuboh Gendup. Iya lalu becherita ka diri ke diau ba rumah sida Antu Selang Pantang, kenyau ari iya ke rembus ba pendai lalu betemu enggau indu mandi. Ari ajar Gendup nya meh pun Iban nemu begaga ka kalingai ba tuboh.
Original Source : Nendak
Researched and compiled by Gregory N. Mawar

Sunday 7 June 2015

animasi-bergerak-dragonball-z-0018Terima Kasihanimasi-bergerak-dragonball-z-0021=Lain hari datang lagianimasi-bergerak-dragonball-z-0064